道文华小位于乌鲁勒米士(ULU REMIS)园丘。于1950年创立。校名道文乃THORBURN译音,THORBURN是当时园丘总经理的名字,校地为园丘所拥有。
在创校初期,学校是利用园丘之空屋作为课室,极为狭窄简陋。至1964年,园丘内的印度学校迁址,道文学校便迁入原属印校之建筑物上课。这间建筑物建于1938年,面积只有20尺X 40尺。1938年,原有的校名改为道文华文小学。
由于课室不敷应用,1967年学校董事会成立了建校委员会,发动向社会人士募款以增建课室。在热心教育人士慷慨乐捐下,一座20尺 X 40尺连接旧建筑物之课室建成。1972年学生人数创高峰达114名的历史记录。80年代后,学生人数逐渐减少。
经过多年的风吹雨打,锌板屋顶破漏,鱼鳞板墙也告剥落,校方通过家教协会,在1989年开始向州议员及县教育局申请拨款维修。此外,学校也获得热心人士献捐。在老师、家长及多方合力下,学校终于在1992年将全校腐蚀脱落之板墙改砌成砖墙。1993年,校方再度通过家教协会发动向社会人士募捐及向州议员申请拨款。一座20 X 40尺的图书馆及资料中心终于在1994年初建成。
道文学校为园丘工友子女提供教育的机会。学生人数最高曾达百多名。近年来,因园丘工友向外地搬迁,人口越来越少,学生人数也随着下降,目前只有5名。
本校于2004年重组成立董事部。由林宇田董事长领导积极处理迁校事件。
SJK(C) Thorburn terletak di Ladang Ulu Remis, Layang-layang, daerah Kluang, Johor. Pada tahun 1950,
Pengurus Ladang Ulu Remis, kontraktor dan mandor Cina telah berusaha sama-sama menubuhkan sekolah ini. Pengurus pada masa itu ialah Encik Thorburn dan sekolah ini telah diberi nama “ Sekolah Thorburn” .Perbelanjaan menubuh sekolah telah ditanggung oleh pihak Ladang dan gaji cikgu pun dibayar oleh Ladang.
Pada mulanya, Ladang menggunakan sebuah bangunan kosong untuk menjadi tapak sekolah. Bangunan dibahagikan kepada tiga bilik berukuran 20 kaki X 20 kaki. Encik Chan Fong Chang bertugas sebagai Guru Besar di sekolah ini dari 1950 hingga 1963. Bilangan murid adalah 90 orang dengan 3 orang guru.
Mula-mula, sekolah hanya buka kelas Tahun 1 hingga Tahun 4. Kanak-kanak di ladang yang hendak melanjut pelajaran ke Tahun 5 dan Tahun 6, perlu belajar di SJK(C) Layang, yang terletak di bandar Layang-layang, 5 Km dari ladang. Mulai tahun 1963, sekolah baru ada kelas Tahun 5 dan 6. Pada tahun itu, bilangan murid sudah turun ke 65 orang dan murid yang tamat Tahun 6 adalah 11 orang sahaja.
Perkhidmatan Guru Besar yang lama sekali di sekolah ini ialah Encik Lam Boon Kong. Beliau bertugas di sekolah ini dari tahun 1964 hingga 1983. Pada tahun 1996, pihak ladang mengambil balik tapak sekolah untuk membina gelangang bola keranjang, dan sekolah terpaksa berpindah ke bangunan lama sekolah Tamil.
Oleh sebab ruang sekolah Tamil sangat sempit, maka Jemaah Pengurus Sekolah telah menubuh Jawatankuasa Membina Sekolah pada tahun 1967. Dengan sumbangan dan sokongan dari penduduk dan orang ramai kaum Cina, Jawatankuasa Membina Sekolah berjaya membina sebuah bangunan baru berukuran 20 kaki X 40 kaki pada Ogos 1967. Pada tahun 1986, dengan jasa baik pengurus ladang-Encik Rosli telah meluaskan tapak sekolah, dengan membina satu gelanggang bola keranjang dan padang kecil untuk digunakan sebagai ruang bermain dan bersenam.
Pada tahun 1992, PIBG sekolah telah berusaha untuk mendapat peruntukan bagi penyelenggaraan sekolah. Dengan pertolongan dan kerjasama
dari pihak wakil rakyat, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, orang ramai, ibu bapa dan guru, dinding bilik darjah iaitu papan yang buruk telah berjaya ditukar ke dinding batu pada tahun 1994. PIBG sekolah sekali lagi berjaya membina sebuah bangunan baru berukuran 20 kaki X 40 kaki untuk kegunaan perpustakaan dan bilik pusat sumber sekolah.
SJK(C) Thorburn telah ditubuh melebihi setengah kurun. Sekolah telah memberi peluang kepada anak-anak penduduk di dalam ladang menerima pendidikan yang sewajarnya. Pada tahun 1972, bilangan murid telah sampai kemuncak, iaitu 114 orang murid. Pada lapan puluhan, penduduk Cina mula berpindah keluar dari ladang maka bilangan murid pun semakin menurun.
Pada tahun 1998, bilangan murid hanya ada 30 orang. Pada tahun 2001, bilangan murid cuma tinggal 16 orang dan pada tahun 2004, bilangan menurun lagi ke 9 orang sahaja. Sekarang, sekolah menghadapi masalah tiada kemasukan murid baru tahun 1. Mengikut enrolmen murid, sampai tahun 2011, tiada murid lagi dan sekolah akan menghadapi masalah ditutup.
Maka, untuk mengatasi masalah tersebut, PIBG sekolah telah mengadakan satu mesyuarat istimewa pada tahun 2001 untuk membincangkan tentang perpindahan sekolah dan selepas itu Jawatankuasa Perpindahan berjaya ditubuhkan.
Sehingga kini, kerja perpindahan sekolah masih dalam proses.Dan, sekolah ini dirancang akan berpindah dan dijangka akan dapat berjaya berpindah ke Taman Mutiara Rini pada tahun 2011.